Ada satu kisah yang boleh memberi pengajaran..
hehe..
wahai orang2 yang mahu membuat maksiat..
bacalah cerita ini..dan fikir2 kanlah....^______^
Ada seorang lelaki nie..(di mana kejadian ini berlaku ana tak berapa pasti)
telah jatuh hati pada seorang wanita...jatuh cinta la tu..hehe..
ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya,maka lelaki tadi tu pun pergi kepada wanita tersebut...si lelaki pun bagitahu kat wanita tersebut tentang hasrat hatinya..iaitu ingin meniduri wanita tersebut...
PERBUALAN MEREKA....
si wanita: "lihatlah apakah orang-orang telah tidur semuanya??
si lelaki tu pun rasa seronok..dia merasakan yang hajatnya akan dikabulkan...dia pun keliling kampung dan setelah itu si lelaki tersebut mendapati yang semuanya sudah tidur....
si lelaki: "benar semua orang sudah tidur...
lalu wanita itu pun bertanya lagi....
si wanita: "bagaimana pula pendapatmu dengan Allah S.W.T???Apakah saat ini Allah S.W.T juga tidur??
dan saat itu si lelaki tersebut amat terkejut sekali...dan dia pun menjawab...
si lelaki: "sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak pernah tidur.."
dan wanita itu pun berkata lagi..
si wanita: "sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur itu akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita.Oleh kerana ALLAH S.W.T lebih berhak kita takuti."
dan dengan segera si lelaki tersebut meninggalkan wanita tersebut kerana dia takut kepada ALLAH S.W.T.
si lelaki tersebut pulang ke rumahnya dan bertaubat.Setelah dia meningal dunia,ada seorang bermimpi bertemu lelaki tersebut lalu dia bertanya,"apakah yang dilakukan oleh ALLAH S.W.T kepadamu??
lelaki itu pun menjawab,"ALLAH S.W.T telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu.."
MORAL:
INGAT!sesungguhnya apa yang dilakukan oleh kita semuanya dilihat oleh ALLAH S.WT walaupun perkara itu tidak dilihat oleh manusia...
dan wahai kaum wanita..jadilah seperti wanita tersebut..yang mengingatkan kepada manusia tak kira sama ada lelaki atau perempuan tentang kebaikan..begitu juga kepada lelaki....^__________^
wallahu'alam...
semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita sama2 ya...!
