Hanya Pada-Mu Ya ALLAH...

Ahad, 20 Februari 2011

Warkah Terakhir Untuk Sahabat..

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Terima kasih sahabatku untuk segalanya.. Memang benar kata hatiku..Engkau hanya Tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja,..

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang..
Sesungguhnya engkaulah SAHABAT yang menunjukkan jalan padaku tanpa sedarmu...
Duhai SAHABATKU..Dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama...

Kita mencintai ILMU dan itulah yang mendekatkan HATIKU PADAMU..
Aku dambakan perubahan di dalam diri ini dan seiring sejalan mula berubah menjadi baik..
Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada satu pun manusia dia akhir zaman sekarang sempurna..
Kehidupan yang sederhana dan dilingkumi UKHWAH yang terbina menjadikan hidup sangat BERMAKNA.

Terima kasih kerana menyedarkan tentang hakikat SILATURRAHIM itu...
Malah kebahagiaan yang di cari tergumpal dalam HATI melalui KEIMANAN...
Iman yang memberikan SUMBER INSPIRASI untuk menjadi hamba-Nya yang BERSYUKUR..
Jika IMAN yang senipis kulit bawang ini tidak di jaga mungkin setiap insan akan TERSASAR dalam hidup hingga jauh daripada KEBERKATAN ILAHI..

Jalinan UKHWAHMU mengingatkanku pada bait-bait ayat ini...



kawan sejati...sentiasa di hati...
  "Duhai wanita...Jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah S.W.T..Janganlah engkau menyalahkan takdir atas perkara yang engkau tidak sukai namun bersangka baiklah pada Tuhan iaitu Allah S.W.T sekalian alam..Mungkin apa yang di sukai olehmu itu tidak menjanjikan apa-apa yang terbaik untuk dirimu dan mungkin perkara yang engkau tidak sukai itu menjanjikan yang terbaik untuk dirimu..."

Sabtu, 12 Februari 2011

UNTUKMU YA RASULULLAH...

Ya Rasulullah...Sungguh mulia engkau..
Kemuliaanmu Allah dan Malaikt menselawatkanmu..
Wahai orang Mukmin..Selawatlah ke atas-Nya..
Engkau akan mendapat SYAFAAT di Akhirat kelak...

ALLAHUMMASOLLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD...

Wahai Rasulullah..Engkaulah Cahaya daripada segala Cahaya...
Engkau adalah Rahsia daripada segala Rahsia...
Engkau adalah Penawar daripada segala Penawar...
Engkau juga Anak Kunci segala Kemudahan...

ALLAHUMMASOLLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD...

Engkau adalah Rasul Pilihan...
Pilihan Rasul yang Awal dsn Akhir...
Engkau adalah Penyelamat Umat...
Engkau membawa Rahmat dan Keberkatan...

ALLAHUMMASOLLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD...
Ibadahmu membayangkan Kehambaanmu...
Akhlakmu membayangkan Kebersihan Hatimu...
Pemurahmu membayangkan Dunia tidak ada di dalam Hatimu...
Sabarmu membayangkan Ketabahan Hatimu...

ALLAHUMMASOLLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD...

Keberanianmu membayangkan Tawakalmu kepada Allah S.W.T...Orang yang Menentangmu Engkau Mendoakan Hidayah kepadanya...Engkau adalah Manusia Luar Biasa Ikutan Semua Yang Merinduimu...
Pemimpin yang Umatmu Akhir Zaman kehendaki adalah Bayangan Keperibadiannmu...


ALLAHUMMASOLLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD....

DIMANA CANTIKNYA SEORANG MUSLIMAH

Seorang muslimah itu cantik apabila:

1) Gadhul Basor..(tundukkan pandangan sebagai hiasan mata..)
2) apabila muslimah itu mengoleskan lipstik KEJUJURAN di bibir maka akn lebih manis..

3) apabila muslimah itu mengoleskan pemerah pipi di mukanya dari kosmetik bejenama MALU..

4) apabila muslimah itu memakai sabun ISTIGHFAR dan membasuhnya dengan WUDHUK..
5) apabila muslimah itu merawat rambutnya dengan memakai TUDUNG ISLAMI menutupnya
dari pandangan lelaki..

6) apabila muslimah itu menghiasi tangannya dengan gelang TAWADDHU'..

7) sebaik-baik kalung adalah KALUNG YANG SUCI...