Hanya Pada-Mu Ya ALLAH...

Selasa, 31 Mei 2011

MEMBURU KEMANISAN IMAN...

Apabila manusia tidak kenal Allah S.W.T,manusia tidak akan mencintai-Nya.
Apabila manusia tidak kenal Allah S.W.T,manusia tidak akan takut kepada-Nya.
Sedangkan cinta dan takut kepada Allah S.W.T itu sumber segala kebaikan.
Tanpa cinta Allah S.W.T,tidak ada cinta sesama manusia.

Orang yang mencintai Allah S.W.T akan lunak,mesra dan sayang kepada sesama manusia. Mengapa?? Ini kerana Allah S.W.T menyuruhnya berbuat demikian. Iman kepada Alla S.W.T adalah asas dalam berkasih sayang. Rasulullah S.A.W mengingatkan, tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri. Iman dan kasih sayang itu bagaikan irama dan lagu,kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Teguh iman,kukuhlah persaudaraan.

Tidak dianggap bsik seseorang dengan Allah S.W.T melainkan melalui kebaikan sesama manusia. Memberi salam kepada orang lain mengundang kesejahteraan daripada Allah S.W.T. Menziarahi saudara kita akan dilimpahi kasih sayang daripada Allah S.W.T. Membantu menyelesaikan masalah orang, Allah S.W.T janjikan untuk menyelesaikan masalah kita. Tidak ada dikotomi antara hubungan Allah S.W.T dengan hubungan sesama manusia. Kedua-duanya saling berkaitan dan sinonim antara satu sama lain.

(wallahu'alam)


Hadis Qudsi..(NAUNGAN ALLAH S.W.T

"Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah S.A.W.                      bersabda yang bermaksud:
Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat:'Di manakah orang yang bercinta kerana keagungan-Ku pada hari ini??Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku pada hari yang tiada naungan kecuali hanya naungan-Ku.'


(Riwayat Muslim)



Perhiasan Dunia

5:35pm





Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya..

Rabu, 18 Mei 2011

KECANTIKAN...hanya cantik bila di pandang sekali pandangan..
kecantikan tidak akan kekal...ia kekal bila di basahi dengan air wudhu'...
KECANTIKAN...janganlah kita mengagung-agungkannya...sedangkan ia milik Allah S.W.T...
kecantikan hanya sementara sahaja di dunia....

INGATLAH..kita sebagai manusia hendaklah sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang telah di berikan oleh Allah S.W.T kepada kita...
semua yang di beri di dunia..hanya PINJAMAN SEMENTARA....wallahu'alam...