Ahad, 20 Februari 2011

Warkah Terakhir Untuk Sahabat..

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Terima kasih sahabatku untuk segalanya.. Memang benar kata hatiku..Engkau hanya Tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja,..

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang..
Sesungguhnya engkaulah SAHABAT yang menunjukkan jalan padaku tanpa sedarmu...
Duhai SAHABATKU..Dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama...

Kita mencintai ILMU dan itulah yang mendekatkan HATIKU PADAMU..
Aku dambakan perubahan di dalam diri ini dan seiring sejalan mula berubah menjadi baik..
Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada satu pun manusia dia akhir zaman sekarang sempurna..
Kehidupan yang sederhana dan dilingkumi UKHWAH yang terbina menjadikan hidup sangat BERMAKNA.

Terima kasih kerana menyedarkan tentang hakikat SILATURRAHIM itu...
Malah kebahagiaan yang di cari tergumpal dalam HATI melalui KEIMANAN...
Iman yang memberikan SUMBER INSPIRASI untuk menjadi hamba-Nya yang BERSYUKUR..
Jika IMAN yang senipis kulit bawang ini tidak di jaga mungkin setiap insan akan TERSASAR dalam hidup hingga jauh daripada KEBERKATAN ILAHI..

Jalinan UKHWAHMU mengingatkanku pada bait-bait ayat ini...



kawan sejati...sentiasa di hati...
  "Duhai wanita...Jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah S.W.T..Janganlah engkau menyalahkan takdir atas perkara yang engkau tidak sukai namun bersangka baiklah pada Tuhan iaitu Allah S.W.T sekalian alam..Mungkin apa yang di sukai olehmu itu tidak menjanjikan apa-apa yang terbaik untuk dirimu dan mungkin perkara yang engkau tidak sukai itu menjanjikan yang terbaik untuk dirimu..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan